terima kasih si cantik dan si kacak !

Friday, April 27, 2012

pensel DAN pemadam



:: assalamualaikum ::

bila sibuk berchating dengan laling laling zira di fesbuk . terjeling pulak kat satu page ni . menarik isi nya . zira rasa macam nak kongsi kat sini . boleh kan ?? hehe :) jum baca



Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untnk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.


from google


jadi . ingat ye wahai laling laling sekalian . ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel . Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan . mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka . Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka .
(: tengkiu :)

sedekah komen sikit boleh ? terima kasih . datang lagi . :)

No comments: